Assalamualaikum semua!
Pada 5 Ogos 2017 yang lalu, Sey dan Team Triopatatimo telah buat last minute plan untuk mendaki Bukit Panorama yang terletak di Sungai Lembing, Pahang. Biasanya plan last minute macam ini akan menjadi. Iyadok? Asalnya pada weekend hari kejadian, En. Pamie si jejaka monopod kita ni ajak bercuti dan bermalam di rumah dia di Felda Chini, Pahang.
So alang-alang tu, kami pun plan la nak mendaki Bukit Panorama yang terkenal dengan awan karpet tu. Excited dalam diri tak yah cakap lah kan. Sebelum Sey citer lebih lanjut pasal perjalanan kami dari Cheras ke Bukit Panorama, bacalah sikit info ringkas tentang bukit ni kat bawah :
Perjalanannya bermula pada 4 Ogos 2017, dimana kami bertolak pada Jumaat malam tu (malam Sabtu) dari Cheras menuju ke Kg. Kuala Kenau dengan menaiki Myvi. Sey lupa plak bertolak pukul brapa tapi sekitar pukul 10 malam.
Google Maps ke Lokasi Bukit Panorama
Kami tiba di Kg. Kuala Kenau sekitar pukul 3 - 4 pagi dan berhenti rehat sekejap di depan sebuah Masjid Jamek Kg. Kuala Kenau. Kami bercadang untuk naik ke puncak pada pukul 5 pagi dan bersolat subuh di puncak bukit. Niat utama kami adalah untuk melihat matahari terbit, jadi kalau nak solat di kaki Bukit Panorama mungkin tak sempat.
Di depan sebuah Masjid Jamek Kg. Kuala Kenau. Senibinanya sangat klasik dan lama. |
Lebih kurang pukul 5.30 pagi, kami bersiap sedia untuk memulakan misi kami mendaki Bukit Panorama. Jarak pintu masuk ke Bukit Panorama dari Masjid Jamek Kg. Kuala Kenau hanyalah 5 minit saja. Jalan menuju ke pintu Bukit Panorama agak sempit dan hanya boleh memuatkan sebuah kereta dalam satu masa.
Parkir adalah percuma. Tiada kawasan parkir khas disediakan. Korang boleh parkir di mana-mana saja asalkan tidak blocking jalan je. Sebelum mendaki, di depan tangga menuju ke Puncak Bukit Panorama, terdapat satu Pavillion, Kedai runcit kecil dan Tandas awam. Tongkat untuk mendaki juga disediakan dengan bayaran RM1 satu.
Jadi, kalau nak ehem-ehem atau beli air ke apa, korang boleh buat semua itu dulu di bawah kaki bukit Panorama. Kat atas sana nanti tiada apa-apa. Hanya pemandangan yang indah sahaja. Cewah!
Ini adalah beberapa tips yang Sey mahu kongsikan sebelum mendaki:
- Makan sebelum mendaki! Sebab semasa Sey mendaki ada sekumpulan remaja yang mendaki lenggang kangkung dan tidak makan apa-apa.
- Jika mendaki pada awal subuh untuk melihat matahari terbit, korang dinasihatkan untuk membawa headlamp, mosquitoes repellent dan Wind Breaker. Laluan ke atas adalah bertangga, tiada lampu sepanjang mendaki ke atas dan bersuhu sedikit rendah. Bagi yang tak tahan sejuk, better bawak bersama Wind Breaker
- Pakai pakaian yang sesuai dan berkasut. Sey tengok ada yang berkain labuh dan hanya berselipar jepun. Tak yah nak berhipster sangat la kalau nak berhiking adik oi. Walaupun perjalanan ke atas disediakan tangga, ada sesetengah laluan tidak disediakan tangga dan korang harus mendaki menaiki bukit sebelum berjumpa sambungan tangga kemudian. So, pakai kasut untuk elak licin!
Setelah berhempas-pulas mendaki tangga, kami akhirnya tiba di puncak Bukit Panorama dalam tempoh 45 minit. Masa pendakian bergantung pada individu. Ada kawan Sey yang memang aktif dalam dunia hiking mengambil masa 30 minit je untuk sampai puncak. Tapi rata-rata yang Sey google dalam internet, masa pendakian ke puncak dalam sekitar 30 - 60 minit, bergantung pada stamina masing-masing.
Ok, berbalik pada kisah kami bertiga, kami tiba di puncak lebih kurang pukul 6.10 pagi. Semasa pendakian ke puncak, kami ada dengar laungan azan Subuh sayup-sayup dari jauh. Kami solat dipuncak bukit dengan menggunakan air spray haji sebab kat atas sana tiada apa-apa melainkan dua buah pondok rehat sahaja.
Cik Suria dah nak keluar dah! |
Yeay, dah keluar dah matahari! Nampak tak muka excited kami bertiga? |
Penantian kami berbaloi. Kami akhirnya dapat melihat matahari terbit. Umi Pamie pernah kata, Apa bestnya tengok matahari terbit? Hehehehe. Sey mengharapkan untuk melihat awan karpet tapi tak ada. Bila dah semakin cerah, puncak Bukit Panorama mulai sesak dengan pendaki-pendaki lain yang baru sampai. Jadi kami amat beruntung kerana mendaki awal pagi, satunya dapat elak kesesakan, duanya, boleh tengok matahri terbit Live. Ko ada? Hahahahaha.
Kat bawah ni Sey kongsi serba sedikit picture di Puncak Bukit Panorama:
Dah abis gaya dah posing, so kali ni kita tunjuk bahagian belakang pulak |
Model kita sorang ini pun nak berposing juga ala-ala jual baju Gunung Irau |
Last wefie sebelum turun dan gi breakfast |
Perjalanan turun pun cantik sebab korang akan lihat kabus-kabus awan kat tepi |