Friday 22 June 2018

RUMAH BOT TASIK KENYIR

Rumah bot kami ketika di Air Terjun Lasir, Tasik Kenyir

Assalamualaikum semua!

Hari ini Encik Sey nak cerita serba sedikit lah pengalaman En. Sey bercuti dengan rakan-rakan di atas bot pusing-pusing Tasik Kenyir selama 3 hari 2 malam. Ada yang tanya Encik Sey best tak? Giler tak best? Sangat-sangat best! Awesome!

So sebelum Sey citer lebih lanjut tentang pengalaman awesome tu, meh Sey citer serba-sedikit tentang Tasik Kenyir, Terengganu ni.


FAKTA MENARIK TASIK KENYIR

  • Dengan keluasan 260,000 hektar, tasik ini adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara.
  • Tasik Kenyir terletak di kawasan barat daerah Hulu Terengganu adalah tasik buatan yang terhasil daripada pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985.
  • Terdapat 340 buah pulau buatan manusia di tasik ini. Pulau-pulau ini asalnya adalah bukit, tetapi kini telah ditenggelami oleh air disekelilingnya sehingga membentuk pulau.
  • Selain pulau, ada 30 batang sungai mengalir di Tasik Kenyir dengan 25 jeram dan air terjun yang didiami lebih 25 spesies ikan air tawar.
  • Tasik ini juga menyimpan 8000 spesies bunga, 2500 spesies tumbuhan, 1000 spesies burung dan 800 spesies rama-rama.

Seronok tak baca fakta tentang Tasik Kenyir di atas? Sey pun baru tahu. Copy and Paste je....eh. Hahahahaha.
Tak sabar dah Sey nak share pengalaman ni. JUST REDAH!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MUKADIMAH

Sebenarnya dah lama impian Sey nak tidur atas bot Kenyir ni lepas tengok slot "Tasik Kenyir" Majalah 3 sebelum ini. Tup tup...tiba-tiba kawan Sey, si Encik Pamie bagi cadangan untuk bercuti santai atas bot Kenyir. Memang nak nak sangat la kan. Trip ni memang diuruskan sepenuh olehnya. Sey hanya memberi perkhidmatan sebagai designer je untuk trip ni. Boleh la tengok hasil seniku lepas ni. DM for graphic service...eh, menyempat.

Ini adalah tentatif kami sepanjang trip ini:

Check in   - 12.00 pm 28/4/2018 (Sabtu)
Check out - 03.00 pm 30/4/2018 (Isnin)

Hari Pertama
Jeti - Air Terjun Saok (Mandi / memancing / bermalam)

Hari Kedua
Air Terjun Saok - Kelah Santuary - Air Terjun Lasir (Mandi / memancing / bermalam)

Hari Ketiga
Air Terjun Lasir - Taman Herba - Jeti

Kami menggunakan khidmat bot dari Maya Niaga dan memilih bot Ratu Kenyir 4 yang boleh memuatkan 20 penumpang. Bot ini mempunyai 5 bilik tidur dengan 2 katil double decker, 1 ruang solat, beranda belakang dan depan bot, ruang santai dengan TV full pack movie best (tak ada siaran astro ya), karaoke, dapur dan 2 bilik air. Kelengkapan pekakas dapur semua lengkap termasuk dapur, gas, sinki, pinggan mangkuk, dapur BBQ dan peti. Harga yang kami dapat dengan bot ini adalah RM3,000 untuk 3 hari 2 malam.

Korang juga boleh memancing di atas bot dengan bayaran RM15 permalam. Umpan disediakan oleh pihak bot atau boleh bawa sendiri. Dan paling penting, kat sini tiada line telefon mahupun internet. Whahahaha...

Plan di dalam Rumah Bot Ratu Kenyir 4

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


HARI PERTAMA

Gombak - Kuala Berang - Jeti - Air Terjun Saok

Sempat posing tepi jalan selepas Tol Gombak sebelum ke Kuala Berang

Kami bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang pukul 1 pagi pada 28/4/2018 dan tiba di Kuala Berang, Terengganu jam 7 pagi. Di Kuala Berang, kami singgah di Pasar Besar Kuala Berang untuk membeli bahan basah tambahan walaupun asalnya segala persiapan disediakan 3 hari sebelum tarikh trip lagi. Secara ringkasnya, bahan basah macam ikan, udang, daging dan sayur-sayuran sebaiknya di beli saja di Pasar Pagi Terengganu untuk menggelakkan daripada kurang segar dan layu ketika tiba di Kuala Berang. Yalah kan, 6 jam di dalam bot kereta.

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan kami ke Jeti Pangkalan Gawi, Tasik Kenyir untuk bersarapan kerana lokasi yang dikongsi oleh Maya Niaga untuk kami naik bot nanti berhampiran dengan Lawit Lodge Hotel Budget. Kat sana tak ada kedai makan untuk kami bersarapan. Kereta pulak boleh diparking di sekitar Lawit Lodge Hotel Budget dengan bayaran RM10 per entry.


Kami tau kami semua elok. Sebab tu kami suka wefie.

Kerana masalah teknikal, bot yang sepatutnya bertolak pukul 12 ditunda ke pukul 2 petanng. Tak perlulah citer kenapa lewat kan. Biarlah mereka dan keluarga mereka saja yang tau. Jadi, perjalanan diteruskan direct ke Air Terjun Saok. Sepatutnya perjalanan terus ke Taman Rama-rama. Oleh kerana Taman Rama-rama sudah ditutup, kami terus ke Air Terjun Saok. Agak kecewa juga, tapi kami still maintant cool sebaik saja melihat keindahan Ratu Kenyir 4 membelah Tasik Kenyir. Feeling-feeling macam atas Titanic. I jump you jump. Eh... melalut plak.

Perjalanan dari Jeti ke Air Terjun Saok memakan masa hampir 2 jam. Asalnya Sey nak tidur je atas rumah bot selepas penat drive sebelum ni tapi bila dah tengok air, macam tak jadi pulak nak tidur. Kita layan air je la.


Kami pendek untuk sentuh pintu gerbang ke Air Terjun Saok
Kat sini banyak terdapat pondok rehat, Boleh lah selpie.
Yeah, jom kita mandi-manda! Nak kencing dalam ni pun orang tak tau.
Jom melantak selepas penat berenang kuak dada


FAKTA AIR TERJUN SAOK
  • Air terjun paling dekat dengan jeti Pengkalan Gawi (2 jam perjalanan)
  • Satu daripada lima air terjun yang terdapat di Tasik Kenyir.
  • Pengunjung perlu menaiki sedikit tangga untuk menuju ke air terjun berkenaan.
  • Struktur air terjun berbatu licin dan kurang kawasan lapang dan takungan air yang besar untuk aktiviti mandi-manda.
  • Terdapat kemudahan pondok, tempat persalinan dan kawasan perkhemahan.
Untuk malam pertama, rumah bot hanya berlabuh di Jeti Air Terjun Saok. Pada sebelah malam kami mengisi masa lapang dengan sesi ice breaking, membawang, karaoke, main board game dan tengok movie. Ada juga kawan Sey naik ke Air Terjun Saok malam-malam. Yang tidur awal pun ada. Bila fikir balik, bagus jugak tak ada line internet ini, boleh mengerat ikatan Ukhwah juga sesama kita. Cewah.

Kat bawah ni Sey share sedikit video yang sey buat untuk first day :


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HARI KEDUA

Air Terjun Saok - Kelah Santuary - Air Terjun Lasir
Masuk hari kedua, kami bangun jam 6 pagi untuk solat subuh dan membuat persiapan sarapan pagi iaitu Nasi Lemak. Rumah bot akan mula bergerak ke Kelah Santuari sebelum jam 9 pagi. Dalam tempoh itu, Sey dan kawan-kawan Sey yang lain mengambil peluang untuk naik ke Air Terjun Saok untuk mandi second round dan ber-selfie. Dekat bawah ni, Sey kongsi sikit gambar-gambar Air Terjun Saok di awal pagi. Nyaman je rasa. Tambahan lagi tiada orang selain kami saja. Rasa macam private place untuk kami plak.

Melayan perasaan ditepian jeram Air Terjun Saok. Feeling2 buat video music la tuuuu.
Abang ni sorang pun feeling2 buat video music walapun suara sumbang
Sey dan rakan-rakan sempat bergambar diatas bot ketika bot bergerak ke Kelah Santuary

Dari Air Terjun Saok, kami tiba di Kelah Santuary (Pusat Pemulihan Kelah) lebih kurang pukul 11 pagi. Sebaik saja tiba di pusat transit berkenaan, kami diberi serba-sedikit taklimat ringkas sebelum menuju ke Kawasan Ikan Kelah.

Apa yang perlu anda tahu ketika melawat Kelah Santuary:

  • Nak masuk Kelah Santuary, anda memerlukan permit terlebih dahulu yang perlu dipohon seminggu sebelum trip
  • Harga permit adalah RM10 perhead dengan tambahan RM5 untuk speedboat ke Jeti Kelah Santuary
  • Rumah bot tidak boleh masuk ke Jeti Kelah Santuary, jadi kami perlu naik speedboat di Jeti Trasit selepas mendengar taklimat.
  • Makanan ikan untuk Ikan Kelah disediakan di Jeti Transit dengan bayaran RM2 sepeket. Terus terang Sey nak bagitau kat sini, satu peket sebenarnya tak cukup! (Kat sana nanti tiada makanan ikan disediakan)
  • Semua jenis makanan dan minuman tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk ke Kelah Santuary kecuali air kosong di dalam bekas sendiri. Tapi jangan risau, disana nanti ada Kedai Runcit untuk anda membeli makanan dan cenderamata.
  • Dari Jeti Kelah Santuary ke kawasan Ikan Kelah memakan masa berjalan kaki hampir 1 jam! So, kena kuat stamina ya
  • Untuk ke sana, anda perlu menaiki banyak tangga dan hanya mengikut laluan konkrit yang disediakan.
  • Anda juga akan melalui sebuah jambatan gantung yang tinggi merentasi sebatang sungai. Sebaik saja tiba diseberang, anda akan tiba disebuah kawasan rehat yang menyediakan - 1 kedai runcit yang menjual makanan dan minuman, 1 kedai cenderamata, tandas, surau, kawasan makan (ada kerusi batu) dan 1 kawasan merokok.
  • Perjalanan diteruskan lagi jauh ke dalam hutan menuju ke kawasan Ikan Kelah
  • Kawasan Ikan Kelah amat dijaga kelestariannya dan ekosistemnya masih terperihara,
  • Kami harus mengikut turn by group sebelum dibenarkan untuk turun bersama Ikan Kelah
  • Setiap group hanya diberi masa 30 minit dan dipantau oleh penjaga yang ada berhampiran
  • Kawasan Ikan Kelah ini dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari saja

Sempat bergambar sebelum mendengar taklimat. Hensem plak aku dalam pic ni.. Aummm
Untuk ke Jeti Kelah Santuary, kami dihendaki menaiki Speedboat dengan kapasiti 10 orang per boat
Di atas jambatan gantung dengan gaya "Ketiak ku basah"
Yeay... dah sampai. Kat bawah kami tu Ikan-ikan Kelah yang kelaparan. Bayangkan tu Ikan Pirahna....jeng3x
Sebab lambat sangat berjalan sampai Jeti Kelah Santuary, kami kena tunggu turn Speedboat





No comments:

Post a Comment