Dah lama kawan Sey dari Team Kaki Redah ajak Sey untuk menawan Gunung Datuk, tapi entah macam mana ada saja halangannya dan waktu yang tidak sesuai. Keinginan tu ada. Pada 11 Febuari 2018, mungkin jodoh Sey untuk menawan Gunung Datuk itu masih kuat, kami Team Triopatatimo bercadang untuk menawan gunung ini. Yeah! En. Pamie sanggup datang dari Cheras, bermalam di rumah kitorang di Nilai semata-mata untuk menawan gunung ini bersama-sama Sey dan Paan.
Seperti biasa, ini sedikit info ringkas tentang Gunung Datuk:
Ini pula Sey kongsikan Google Map buat korang jika hendak ke sana :
Google Map Gunung Datuk Entrance
________________________________________________________________________________
KAKI GUNUNG IRAU
Sebaik saja melangkah ke kawasan Taman Rekreasi Gunung Datuk, korang akan nampak replika keris tersegam indah |
Gunung Datuk yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan terletak lebih kurang 100 kilometer selatan Kuala Lumpur. Untuk ke sana sangat mudah jika korang menggunakan lebuhraya PLUS. Korang hanya perlu susur keluar di Tol Pedas - Linggi dan serahkan perjalanan anda kepada Google Maps atau Waze.
Sebaik saja korang melangkah masuk ke kawasan Hutan Rekreasi Gunung Datuk, korang akan nampak replika keris tersegam indah di celah batu ala-ala King Auther. Dikawasan ini juga terdapat kedai runcit, kedai makan, tandas, surau dan Chalet.
HARGA CHALET :
Chalet 1 malam = RM50
Chalet setengah hari = RM30
Jika korang nak ke tandas atau membeli minuman, lakukan di kaki Gunung Datuk kerana selepas ini tiada tandas dan kedai runcit. Perjalanan bermula dengan merentasi sebatang anak sungai. Ramai pendaki-pendaki yang baru turun dari gunung akan bersihkan diri mereka di sini.
Korang akan merentasi sebatang anak sungai ini sebelum terjumpa dengan pondok permit. |
BAYARAN PERMIT & KHEMAH
Mendaki = RM5 seorang pendaki
Berkhemah = RM3 untuk 1 khemah
Sewa Khemah (kapasiti 4 orang) = RM5 untuk 1 khemah
Korang boleh berkhemah di Gunung Datuk tapi hanya di Puncak sahaja. Sey dan kawan-kawan Sey tidak menggunakan khidmat En. Gogo pun untuk pendakian kali ini. Bagi Sey laluannya mudah dan tidak mudah keliru. Tapi kalau korang nak juga guna En. Gogo, boleh je. So kat bawah ini senarai harga perkhidmatan En. Gogo. Untuk tempahan bimbingan En. Gogo, korang kena contact dulu dengan Jabatan Rekreasi Gunung Datuk.
BAYARAN EN. GOGO
Kurang 20 pendaki = RM60
20 - 50 pendaki = RM120
Lebih daripada 50 pendaki = RM180
PENDAKIAN
Laluan ke puncak gunung sangat mudah dan tidak mudah terkeliru |
Ada juga sesetangah laluan memerlukan korang untuk berpaut pada tali |
Selepas segala persediaan dan pembayaran permit dilakukan, kami bertiga memulakan misi kami mendaki Gunung Datuk. Yeah! Laluan ke puncak sangat mudah dan tidak banyak lorong tikus yang boleh buat korang keliru dan tersesat. Laluannya mendatar untuk 15 minit pertama dan seterusnya menengak ke atas sebanyak 45 - 90 darjah kecondongan.
Korang tak perlu risau dengan kepanasan, kerana laluannya redup dengan pokok-pokok hutan. Ada sesetengah laluan yang memerlukan korang untuk berpaut pada tali. Overall, bagi Sey laluannya sangat mudah dan straight ke atas.
TIBA DI PUNCAK
Selepas berhempas-pulas selama 2 jam, kami akhirnya tiba di satu kawasan lapang yang menandakan sudah sampai di puncak gunung. Hanya kawasan lapang di sini saja dibenarkan untuk berkhemah. Tiada sumber air yang berdekatan, jadi kalau korang nak bercamping, bawak air siap-siap dari bawah.
Di sekeliling kawasan puncak ini terdapat batu-batu besar yang korang boleh mendaki lagi untuk dapatkan view yang lebih menarik. Dulu, pihak Rekreasi Perhutanan Gunung Datuk menyediakan tangga besi bagi pendaki untuk memanjat ke atas, tapi sekarang tangganya telah diganti dengan ciri-ciri yang lebih selamat.
Yeay, dah sampai puncak! |
Untuk view yang lebih menarik, korang kena naik batu besar ini bila tiba di puncak Gunung Datuk |
Kami geng Trio Patatimo nak wefie sekejap |
Kawan Sey sempat shoot cover magazine di puncak |
Ini gunanya kawan - untuk ambik picture korang. Whahahaha |
Semasa turun, Sey sempat berposing dengan pokok di Pusat Rekreasi Gunung Datuk |
No comments:
Post a Comment