Pada cuti 1 Mei 2017 yang lalu, Sey dan rakan-rakan Sey dari Group "Kaki Redah" telah mencabar diri masing-masing untuk menawan Gunung Irau, Cameron Highland. Ini merupakan cabaran pertama buat Sey sendiri untuk mendaki Gunung. Sebelum ni taraf-taraf bukit je yang Sey mampu. Huhuhuhu.
Sebelum Sey melalut jauh-jauh, Sey nak bagi sedikit info ringkas pasal Gunung Irau
Sebelum Sey melalut jauh-jauh, Sey nak bagi sedikit info ringkas pasal Gunung Irau
Trip Gunung Irau ini telah di recommend oleh Kak Yah a.k.a Akak Hikers kita sorang ni. Sebab tak pernah tawan Gunung, jadi Sey setuju je untuk join trip ni. Cabar diri sendiri katakan.
Gunung Irau merupakan puncak tertinggi di Cameron Higlands dan gunung yang ke 15 tertinggi di Malaysia. Kalau menerokai hutan Gunung Irau, korang akan merasai seolah-olah berada di dalam "Fangoran Forest" di dalam filem "The Lord of the Rings"
Sebelum korang mendaki Gunung Irau, korang kena mohon permit terlebih dahulu dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sekitar RM5 - RM10 untuk seorang pendaki. Korang boleh pohon secara online di laman web forestry.pahang.gov.my So jangan main redah je ya walapun Sey selalu ajak korang redah-menredah. Hahahahahaha.
Macam Sey, segala permit, guide dan lain-lain diuruskan oleh satu gerakkan NGO yang terdiri daripada 10 orang dengan satu group terdiri daripada 30 orang pendaki dengan latar belakang berbeza. Dengan bayaran RM90 untuk satu kepala, diorang akan uruskan segalanya daripada penyediaan permit, 4wheel, tourist guide, makanan, tshirt dan bantuan kecemasan. RM90 apalah sangat kan. At least pendakian korang terjamin. Depands pada koranglah kalau nak mendaki sendiri.
Tapi jika korang nak mendaki ke Gunung Irau sendiri tanpa menggunakan orang tengah, dinasihatkan membuat tempahan tarikh seawal mungkin kerana permit dikeluarkan hanya untuk 100 orang pendaki setiap hari. Sebelum pendakian, perlu terlebih dahulu ke Balai Polis Brinchang untuk memaklumkan pendakian seperti bilangan ahli mendaki, waris yang boleh dihubungi, waktu dijangka tamat aktiviti mendaki dan salinan permit mendaki. Ini penting tau in chase korang sesat. Pernah ada kes sesat dalam Hutan Mossy Forest tau, jangan main redah je.
PENDAKIAN BERMULA PUKUL 7.00 PAGI
Kami mula bertolak ke Cameron Highland pada 30 April 2017 petang dari Nilai dan bermalam di sebuah Homestay di Tanah Rata. Homestay ini tidak disediakan oleh NGO berkenaan. So kami sendiri berpakat, mencari dan berkongsi satu homestay.
Google Map ke Nova Highland Resort
Google Map ke Mossy Forest
Pendakian ke Gunung Irau bermula pada awal pagi 1 Mei 2017 dan kami diarahkan untuk berkumpul di depan Nova Highland Resort pada pukul 7.00 pagi. Kami parkir kereta di resort berkenaan, bersarapan dan mula menaiki 4wheel melalui ladang teh menuju ke pintu masuk Mossy Forest.
Korang boleh je ke sana dengan kereta sendiri dan tidak menyewa 4wheel, tapi bagi pendapat Sey lah, kalau korang sayang kereta, baik korang sewa 4wheel. Korang paham maksud Sey kan? Hehehehe.
Sey bersama Team Kaki Redah sempat berposing di pintu masuk Mossy Forest |
Dibawah Sey nak share sedikit tips penyediakan diri sebelum mendaki Gunung Irau:
- Wind Breakers - Pendaki dinasihatkan membawa wind breakers kerana suhu di Gunung Irau sangat sejuk lebih-lebih lagi selepas hujan.
- Kasut Getah RM10 - Sey galakkan korang pakai kasut getah RM10 je. Boleh beli di kedai Mr.D.I.Y atau Kedai Hardware. Track ke Gunung Irau sangat berlumpur. Kedalaman lumpur boleh mencapai 10 inci. Kasut getah adalah pilihan terbaik
- Sarung Tangan - Jangan lupa pakai sarung tangan. Gunung Irau tidak seperti bukit dan Gunung lain yang pernah Sey tawan. Hutannya sentiasa basah serta berlumut. Batu, batang kayu, akar kayu semuanya basah dan berlumut. Dengan memakai sarung tangan, korang boleh tambah sedikit "kuasa grip" di tangan selain mengelakkan luka. Tak perlu beli sarung tangan hikers mahal-mahal. Sey beli sarung tangan murah di kedai Mr. D.I.Y je
- Stokin - Yang ini bagi menggelakkan kaki korang melecet
- Air - Yang ini tak perlu disuruh sediakan, korang mesti wajib bawa la kan. Hahahaha. Sey bawak air hampir 3 liter termasuk 1 botol air energy 100 plus. Air sentiasa sejuk, mungkin kat atas sana iklim sejuk kot.
- Makanan - Yup, jangan lupa bawak makanan sekali. Maksud Sey bukan Nasi Lemak atau KFC. Tapi makanan yang senang untuk dibawa dan memberi tenaga. Sey hanya bawak 4 energy bar, biskut Oat saja. Cukup la tu. Bila sampai atas sana, tak ada selera pun nak makan nasi.
- Baju Hujan - persediaan awal jika tiba-tiba hujan kat atas sana nanti. Sey masa naik ke atas cuaca dah mulai mendung. Bila turun, hujan mula turun lebat. Sejuk sampai ke tulang hitam.
- Head lamp - Walaupun korang naik siang dan dijangka keluar dari Mossy Forest sebelum malam, Sey sangat-sangat sarankan korang bawak head lamp untuk persediaan awal. Sey bernasib baik sempat keluar dari Mossy Forest sebelum gelap tapi ada kawan Sey dapat keluar dari Mossy Forest selepas pukul 10 malam tau! Head lamp adalah terbaik berbanding touch light. Sebab tangan korang akan busy berpaut pada pokok sana sini ketika memanjat nanti.
- Power Bank & Handphone - Kat dalam Mossy Forest tak ada line. Korang kena bawak power bank & handphone sebagai langkah berjaga-jaga.
- Wisel - Ini juga sebagai langkah berjaga-jaga. Ada kes seorang pendaki Gunung Irau tergelincir jatuh ke gaung ketika mendaki dan mengalami kecederaan kaki. Walapun dia boleh nampak dari jauh pendaki-pendaki lain melepasi gaung di tempat dia jatuh, mangsa tak mampu menjerit kuat dan membawa wisel mungkin satu ikhtiar untuk memanggil bantuan. Kes mangsa pernah masuk berita sebelum ini dimana beliau hilang di Mossy Forest selama 44 jam dan diselamatkan selepas mangsa mendapat signal handphone di tepi sebatang sungai di dalam Mossy Foresst.
- Basic First Aid - Termasuklah ubat-ubatan panas, panadol, pembalut dan lain-lain
- Lighter - Sebagai persediakan kecemasan
- Hikers Pole - Sey tak bawak hikers pole. Tapi kalau korang nak bawak jugak tak ada masalah pun. Tapi bagi Sey la, Gunung Irau banyak memerlukan tangan berpaut ketika mendaki dan pendakiannya melibatkan kecondongan 90 darjah. So Sey banyak menggunakan tangan dan tak banyak menggunakan hikers pole.
Dengan pakaian masih bersih, kami memulakan misi menuju puncak |
Track Gunung Irau adalah berlumpur dan basah |
Biasanya pendakian mengambil masa 2 hingga 3 jam untuk sampai ke Puncak Mini Irau dan 1 jam ke Puncak Gunung Irau bergantung kepada stamina masing-masing. Korang dinasihatkan memulakan pendakian pada awal pagi untuk menggelakkan aktiviti turun dilakukan pada lewat petang seterusnya menjangkau ke malam.
Pada peringkat awak track, korang akan melalui laluan berkayu yang telah disediakan oleh Jabatan Perhutanan Pahang. Korang dilarang menjangkaui dari laluan kayu ini dan sepanjang melalui laluan berkayu ini, terdapat banyak pavillion untuk pelawat berselfie dan duduk. Korang tidak perlu permit jika hanya melalui laluan berkayu ini. Sebaik saja tiba di hujung laluan kayu, signboard keperluan permit mula kelihatan, dan track berlumpur mula kelihatan. Time to get dirty, guys!
Peringkat awal track agak mendatar dan laluan menurun sebelum track mula mendaki. Ketika perjalanan, korang akan menjumpai pelbagai jenis bunga dan periuk kera serta disajikan dengan keindahan hutan yang berlumut dan menghijau. Memang setiap sudut Sey nak berhenti dan berselfie. Sangat-sangat cantik. Tapi jangan lama-lama, nanti kena tinggal dengan Encik Gogo.
Sey sangat-sangat cadangkan korang untuk ikut rapat dengan team korang kerana di Mossy Forest mempunyai banyak laluan tikus yang mungkin buat korang keliru dan sesat. Selain itu juga, laluannya sangat licin dan berlumut. Sey banyak kali tergelincir so berhati-hati. Suhu yang dingin juga boleh buat kaki korang cramp. Suhu Mossy Forest adalah sekitar 20 - 22 darjah Celsius. Tapi ketika aktiviti pendakian Sey, hujan baru saja lepas turun, jadi laluan sekitarnya sedikit lembab dan licin serta suhu dingin yang mencecah sehingga 16 darjah celsius.
Setiap sudut menarik di Mossy Forest! |
Pada sekitar pukul 1 - 2 tengah hari, Sey dapat tahu salah seorang team Kaki Redah iaitu Kak Yah terpaksa dibawa turun dari Gunung Irau kerana terjatuh dan terseliuh. Kami terpaksa teruskan pendakian ke Puncak Gunung Irau dengan baki 29 pendaki dan 8 orang krew NGO. 2 orang krew terpaksa mengiringi Kak Yah turun ke kaki gunung.
Sey di puncak Mini Irau. Boleh Selfie puas-puas kat sini |
Oleh kerana sepanjang pendakian untuk ke puncak tiada sumber air, anda perlu membawa bekalan air sendiri yang secukupnya. Bawa juga makanan untuk memberi tenaga seperti coklat dan energy bar untuk makan di puncak dan jangan lupa juga bawa bersama "air kemenangan"
Budak kecik sempat berposing di port viral Mossy Forest |
Cik Su kita ni pun nak berselfie jugak |
Sey pun nak juga sekeping foto kat sini |
Nak wefie depan signboard Gunung Irau, tapi ramai pulak makhluk manusia depan signboard tu |
Sey bersama 29 pendaki dan 10 krew di puncak Gunung Irau |
Hujan renyai-renyai turun sebaik sahaja kami puas berwefie. Masa untuk turun guys! |
Sey berdua dengan kawan Sey antara 10 pendaki terawal yang tiba di kaki gunung daripada 29 pendaki yang lain. Memang kami tak nampak macam rupa orang dah ketika sampai di kaki gunung, dengan basahnya, kotor berlumpur. Selepas memberi nama, kami dihidangkan dengan air kopi panas dan meatball panas.
Tanpa menunggu baki pendaki yang lain, kami seramai 10 orang terlebih dahulu diminta untuk menaiki 4wheel dan dibawa turun dahulu ke Nova Highland Resort. Rasa penat mula menguasai diri sebaik sahaja kami tiba di Nova Higland Resort. Hanya Tuhan je tau, Penat tau!
Abang Powil sempat berhenti di sebatang anak sungai untuk kami bersihkan diri |
No comments:
Post a Comment