Assalamualaikum semua!
Weekend lepas, semasa kami bertiga, #gengpatatimo bercamping di pantai Port Dickson, sempat gak mem-peluhkan diri dengan memanjat Bukit Batu Putih, Port Dickson. Kenapa menggatal sangat nak panjat sini? Sebab dah tak tahan bila tengok gambar-gambar hikers yang lain yang cun melecun bila sampai puncak!
Sebenarnya ini kali kedua Sey dan Paan mendaki bukit ni tapi sebelum ini masih tak kenal Encik Pamie lagi. So kami plan bertiga untuk repeat kali kedua memanjat bukit batu putih ini bersama.
Untuk ke sana, jika korang dari Kuala Lumpur melalui lebuhraya PLUS, korang susur keluar je menuju ke Port Dickson. Sebaik saja susur keluar, gunakan Waze atau Google Map untuk menuju ke Ilham Resort.
Bukit Batu Putih ini terletak di dalam kawasan Rekreasi Tanjung Tuan yang betul-betul bersebelahan dengan Ilham Resort. Sey ada Google Map kawasan Rekreasi Tanjung Tuan, tapi tak dapat detect, so korang boleh jadikan Ilham Resort sebagai mark korang untuk ke sana.
Jika korang ke sana pada hujung minggu, terus-terang Sey katakan, sana agak sesak. Lebih-lebih lagi ketika waktu pagi dan petang. Banyak citer-citer kurang enak ala-ala citer Conjuring berlaku di sana, al maklumlah kawasan Tanjung Tuan yang terletak di sempadan Negeri Sembilan - Melaka itu adalah tapak peninggalan sejarah. Tapi Alhamdulillah, hampir 3 kali Sey ke sana, tiada gangguan apa-apa yang berat. Yang penting pasang niat kita untuk melihat keindahan ciptaan yang Maha Esa ya.
KAKI BUKIT
Pintu masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan - jalan menuju ke Bukit Baru Putih |
Untuk ke Bukit Batu Putih, korang perlu melalui Hutan Rekreasi Tanjung Tuan dengan bayaran masuk sebanyak RM1. Tiada signboard tertentu menunjukkan jalan ke arah Bukit Batu Putih, kerana laluan ke sana sebenarnya tidak diikhtiraf oleh Jabatan Perhutan Tanjung Tuan.
Track menuju ke Bukit Batu Putih pernah ditutup banyak kali oleh Jabatan Perhutanan Tanjung Tuan, tapi biasalah, hikers kental mana peduli semua tu. Yang penting kepuasan ke sana. Akhirnya laluan itu dibiarkan terbuka untuk umum tapi segala kemalangan yang tidak diingini berlaku di sana adalah tanggungjawab hikers sendiri. Jelas?
Korang perlu melalui jalan berturap dahulu sebelum mendaki Bukit Batu Putih |
Permulaan tu, jalan berturap elok je. Korang ikut je jalan berturap ini santai. Agak mendaki tapi tidak begitu memenatkan. Lebih kurang berjalan dalam 1KM, korang akan sampai di sebuah rumah api Tanjung Tuan.
Rumah api ini bukan sesuka hati kita boleh masuk, ianya berkunci. Korang boleh berselfie di sini jika mahu. Kalau korang first time sampai di sini, mesti korang tertanya-tanya, mana track ke Bukit Batu Putih nya? Jika korang menghadap ke arah Rumah api, tracknya berada di sebelah kanan dan sedikit terselindung. Terdapat 1 signboard amaran untuk ke sana.
Sey mula-mula sampai pun agak keliru, betul ke jalan ini?
Disebabkan aku takde buat kajian pun pasal Bukit Batu Putih ni, macam tak de apa-apa expectation pun. Layan kan je dan ikut je ramai-ramai makhluk kat sana tu. Permulaan tu, jalan berturap elok je. Tak sampai dalam 1km dah sampai ke rumah api Tanjung Tuan. Berkunci. Tengok-tengok dari luar je la. Lepas tu kami terus mara ke hadapan. Tengok sign-board tunjuk ke 'Rintis Ke Pulau Intan'. Emm jom la layan. dah separuh jalan, tanya-tanya laa orang lain yang dari bawah, ada apa di sana. Rupanya dia turun ke pantai. Trek yang ini agak sukar juga. Masa pergi menuruni tangga sebab nak ke pantai kan. Aku dalam hati tertanya juga di mana Bukit Batu Putih nya. Bila sampai ke sana, lawa juga pantainya tapi macam takde orang mandi manda.
No comments:
Post a Comment