Hari ni Sey nak citer tentang Bukit Melati, Nilai yang terletak berhampiran kawasan perumahan Desa Melati dan Inti Collage. Bukit ni dah jadi macam Must Hike Port setiap hujung minggu buat Sey sebab ia terletak berhampiran dengan rumah je. Jalan kaki dari rumah pun sampai.
Sey tak tahu sejarah sangat tentang Bukit Melati ni. Dulu masa first Sey duduk di Desa Melati Tahun 2013, bukit ini masih belum dikenali ramai. Track jalan pun denai kecil je. Dulu kaki Bukit Melati menjadi port berkumpul anjing-anjing liar untuk membawang.
Sey first time naik ke puncak Bukit Melati selepas di ajak Housemate Sey yang sebelum ini naik bersendirian. Puncaknya masih dipenuhi lalang yang tinggi dan hanya ada satu puncak saja yang hanya dikenali sebagai puncak bukit Melati je.
Kononnya Bukit Melati ini dibuka oleh seorang Doktor sebagai terapi pesakit-pesakitnya. Fakta ini Sey tak pastila. Tapi sampai sekarang, kalau korang naik Bukit Melati ini, korang akan terserempak dengan ramai golongan tua yang bertongkat (dipimpin lelaki muda seperti terapi) dan juga golongan OKU.
Pada 2016, Bukit Melati mula dikenali ramai dan ramai orang luar dari Nilai datang untuk mendaki bukit ini. Dulu hanya ada satu puncak je, sekarang kalau tak silap Sey dah ada 6 puncak, Puncak Lipan, Puncak Monyet, Puncak Tali, Puncak Helang, Puncak Nyamuk dan Puncak Helang. Semua puncak Sey dah tawan. Whahahahaha.
Gambar ni Sey pakai Timer. Masa ini menuju ke Puncak Lipan laluan belakang |
Peta kasar semua laluan ke puncak Bukit Melati |
Sebelum korang naik, korang akan nampak signboard ini |
Hutan Bukit Melati ni tak der la tebal sangat. Kalau korang redah hutan bukit ini pun still korang akan terganggu dengan bunyi kereta dan kadang-kadang nampak atap-atap rumah kat tepi-tepi laluan kakinya. Tapi kena berhati-hati jugak la sebab hutan kecik ni juga ada babi hutan dan monyet liar. Sey dan biasa dengan laluan Bukit Melati, jadi Sey dah biasa hiking sorang-sorang bukit ni. Cewah, macam berlagak plak bunyinya.
So, kalau korang tengok signboard kat atas, hanya ada 5 puncak saja dengan banyak laluan berbeza. Korang masuk je laluan mana-mana, setiap laluan akan bersambung dengan laluan lain juga. Hanya laluan puncak Helang yang berbeza sikit. Meh Sey citer detail laluannya.
LALUAN BUKIT LIPAN (CENTIPEDE HILL)
- Laluan utama dan laluan yang pertama yang dibuka
- Laluannya betul-betul berada di sebelah Tokong Na Du Gong
- Menjadi laluan utama bagi pendaki Bukit Melati
- Selalunya sesak pada hujung minggu
- Jika anda first time mendaki Bukit Melati, better guna laluan ini
- Laluannya terus mendaki dan tidak ada landai. Kena kuat stamina.
- Kecondongan laluan hanyalah sekitar 45 darjah saja.
- PUNCAK : Anda akan melihat satu kawasan perumahan di atas puncak. Puncaknya kosong saja tapi jika naik pada awal pagi, korang akan dapat melihat kabus dan awan.
- Di puncak nanti, anda boleh membuat tiga pilihan samaada ke laluan kiri - Bukit Nyamuk, ke kanan - Bukit Tali dan Bukit Monyet atau berpatah balik turun ke Tokong Na Du Gong (jika anda dah penat)
Duta Bukit Melati sempat berposing di tengah laluan antara Bukit Lipan ke Bukit Monyet |
LALUAN BUKIT MONYET (MONKEY HILL)
- Jika mendaki Bukit Lipan korang rasa masih belum mencabar, korang boleh teruskan pendakian ke Bukit Monyet dari Bukit Lipan
- Masa menuju ke Bukit Monyet, korang akan menuruni bukit sekejap
- Antara laluan Bukit Lipan ke Bukit Monyet, akan ada satu cabang lorong keluar dan satu lorong yang menuju ke Bukit Helang.
- Laluannya menurun dengan kecondongan 45 - 90 darjah kemudian mendatar sehingga korang tiba di sebuah takungan air yang besar.
- Di takungan air ini, terdapat dua cabang laluan lagi, samaada korang nak teruskan ke Bukit Monyet atau ke laluan Bukit Tali.
- Jangan risau, signboard menuju ke Bukit Monyet ada di merata-rata. Insya Allah korang tak akan sesat.
- Ketika inilah laluannya ke Bukit Monyet mula mencabar. Korang akan mula mendaki bukit dengan kecondongan bukit 90.
- Bukit Monyet merupakan puncak tertinggi Bukit Melati.
- Tiba di puncak, korang akan menemui dua laluan lagi - satu menuju ke Bukit Cobra dan satu lagi menuruni bukit, keluar dari kawasan hutan Bukit Melati
- Puncak Bukit Monyet lebih redup berbanding puncak Bukit Lipan serta lebih berangin. Kat sini juga banyak batu-batu besar. Pemandangan yang korang dapat lihat dari puncak ini hanyalah kawasan perumahan yang indah.
- Pendapat Sey, puncak Bukit Monyet adalah puncak paling cantik di Bukit Melati selepas Bukit Helang
Korang akan melalui laluan dengan 'Ranting berkayu' ini ketika menuju ke Bukit Monyet |
Laluan menuju ke puncak Bukit Monyet. Time to get sweat! |
Kat belakang sana tu puncak Bukit Monyet. So kat sini korang boleh decide, nak teruskan ke Bukit Cobra atau keluar |
LALUAN BUKIT ULAR TEDUNG (COBRA HILL)
- Jika korang dari Bukit Monyet nak menuju ke Bukit Cobra, laluannya lebih santai dan mendatar seperti melalui denai biasa saja
- Semasa korang menuju ke Bukit Cobra, korang akan menemui satu cabang menuruni bukit. Laluan ini akan membawa korang untuk keluar dari hutan bukit Melati.
- PUNCAK - Tiada apa yang menarik di Puncak Bukit Cobra melainkan hutan sekeliling dan signboard yang menyatakan korang sudah tiba di puncak cobra
LALUAN BUKIT TALI (ROPE HILL)
- Berbalik pada lorong yang menuju ke Bukit Tali, terus terang Sey nyatakan di sini laluannya sedikit mencabar dan korang memerlukan kasut yang mencengkam serta sarung tangan.
- Sepanjang perjalanan ke Bukit Tali, korang akan menaiki bukit dengan berpaut pada tali yang telah disediakan. Kecondongan bukitnya adalah 90.
- Apa beza laluan Bukit Monyet dengan Bukit Tali? Di Bukit Monyet, laluannya telah ditoreh menjadi tangga bagi memudahkan korang untuk naik ke atas. Bukit Tali pula tiada torehan tangga, jadi laluan ia sangat-sangat licin dan berlumpur lebih-lebih lagi selepas hujan.
- Sejujurnya Sey pernah menyesal melalui lorong ini selepas tiba di Bukit Tali. Hahahaha.
- Laluan ke Bukit Tali sangat sunyi. Mungkin sebab ianya track yang sukar, jadi ia bukan laluan pilihan orang ramai kot.
- PUNCAK - Tiada apa yang menarik di Puncak Bukit Tali melainkan hutan sekeliling dan signboard yang menyatakan korang sudah tiba di Puncak Tali
Duta Bukit Melati tengah photo shot di depan signboard Bukit Tali |
LALUAN BUKIT NYAMUK (MOSQUITO HILL)
- Laluan menuju ke Bukit Nyamuk terlalu banyak. Korang boleh melalui dari arah belakang, laluan dari Puncak Bukit Monyet atau Lipan.
- Pernah ditutup sementara sebab menjadi laluan Babi Hutan Liar. Tapi Sey tak pernah lagi terserempak dengan babi hutan sepanjang melalui laluan ini.
- Laluannya kurang popular dan agak sunyi. Mungkin sebab penangan 'Laluan Babi' kot. Sey tak pasti. Hahahaha.
- Denai laluannya agak sempit dan bersemak.
- Sesuai dengan namanya Bukit Nyamuk, kat sini tak tau kenapa banyak sangat nyamuk!
- Tapi kalau korang melalui laluan ini, pendapat peribadi Sey lah, ianya agak cantik dan tenang. Mungkin sebab jarang orang melalui laluan ini, jadi pesekitaranya masih terjaga.
- Gambar pertama Sey kat atas tu Sey ambik semasa melalui lorong menuju ke Bukit Nyamuk. Masa ni sorang-sorang je, pakai timer.
- PUNCAK - Tiada apa yang menarik di Puncak Bukit Nyamuk melainkan hutan sekeliling dan signboard yang menyatakan korang sudah tiba di Puncak Nyamuk.
Sey belanja la skit pic sey semasa melalui denai ke Bukit Nyamuk. Banyak nyamuk tau! |
LALUAN BUKIT HELANG (EAGLE HILL)
- Laluan menuju ke Bukit Helang berbeza sikit berbanding laluan-laluan lain
- Bukit Helang adalah puncak terakhir di buka di Bukit Melati
- Laluannya agak mencabar seperti laluan Bukit Tali kerana ianya tidak ditarah serta kurang dilalui orang.
- Laluan ni banyak monyet liar, so berhati-hati
- PUNCAK - Puncak Bukit Helang agak menarik kerana menghadap jalan besar Nilai. Tiada pokok sekeliling dan sesuai untuk berkhemah kerana ada kawasan lapang yang luas. Nak picnic pun boleh.
Sey bersama kawan-kawan Sey di atas Puncak Bukit Helang. Ini awal pagi, agak berkabus. |
Nak tanya..pemakaian apa yg sesuai klau nk hiking dekat melati hill ni and apa barang keperluan yg perlu ade sebelum hiking?
ReplyDeletepakai baju sukan dan kasut hiking..kalau pakai kasut jogging, skejap je dah tercabut tapak...
ReplyDelete