Saturday 23 June 2018

Dari Budak Indoor ke Budak Oudoor

Assalamualaikum semua!

Apa kabare? First of all thanks guys sebab sudi terjah blog Encik Sey yang tak seberapa ni. Terus terang la Sey tak reti nak mengarang ayat-ayat sedap ni sebab bukan bidang utama Sey dalam berkarangan ni. Bidang Sey lebih kepada Seni dan Grafik. Kalau tengok dalam Blog ni pun semua hasil gigih Sey yang design-mendesiganing. So korang tak kisah kan kalau Sey guna bahasa rojak dan pasar kan? Hahahaha

Oklah, Sey ni sebenarnya seorang Indoor Person asalnya. Lebih kepada Gamers punya person, makan, tidur dan ulang. So bila ada je aktiviti berkhemah atau sukan ni memang Sey tak suka sangat. Dengan keadaan macam tu, hidup Sey hanya didepan TV dan komputer saja. Berat pun naik mendadak ke kategori Budak Gemuk.

Ntah lah kenapa bila usia dah hampir menjangkau 30an, Sey jumpa dengan kawan-kawan yang suka buat aktiviti outdoor. Bila dah join sekali rasa seronok lah pulak. Bila dan lama-lama, berat Sey pun semakin turun tapi belum sampai berat Sado lagi tau.

Kat bawah ini adalah antara tempat yang Sey terjah dan redah dengan kawan-kawan. Sey hanya dan share pengalaman Sey selain membuat blog sebagai "diari online'... mana tau boleh mengimbau kenangan kan.

So guys, are you ready now to Redah?





  • Bukit Melati, Nilai
  • Bukit Beroga, Semenyih
  • Bukit Batu Putih, Port Dickson
  • Gunung Irau, Cameron Highland
  • Bukit Panorama, Sungai Lembing
  • Bukit Besi, Cheras
  • Bukit Batu Condong, Kemensah
  • Gunung Datuk, Rembau
  • Bukit Denai Tiga Puteri, Kota Damansara
  • Gunung Angsi, Kuala Pilah

  • Rumah Bot Tasik Kenyir, Terengganu
  • Rumah Bot Royal Belum, Perak


  • Air Terjun Berkelah, Pahang
  • Air Terjun Sungai Pisang, Gombak
  • Air Terjun Lata Hammer, Pahang
  • Air Terjun Jerangkang
  • Air Terjun Saok, Tasik Kenyir
  • Air Terjun Lasir, Tasik Kenyir
  • Air Terjun Jelawang, Kelantan
  • Sungai Lembing, Pahang
  • Air Terjun Pelangi, Pahang
  • Taman Negara Endau Rompin, Pahang
  • Gua Niah, Sarawak
  • Gua Kelam, Perlis


  • Kundasang, Sabah
  • Cameron Highland, Pahang


  • Pulau Tioman, Pahang
  • Pulau Langkawi, Kedah
  • Pulau Pinang
  • Pulau Kho Lan, Thailand
  • Pulau Rawa, Mersing
  • Pulau Besar, Melaka


  • Melaka
  • Kellie's Castle'
  • Kundasang War Memorial

No comments:

Post a Comment