Sunday, 22 July 2018

BUKIT BATU PUTIH, Port Dickson


Assalamualaikum semua!

Weekend lepas, semasa kami bertiga, #gengpatatimo bercamping di pantai Port Dickson, sempat gak mem-peluhkan diri dengan memanjat Bukit Batu Putih, Port Dickson. Kenapa menggatal sangat nak panjat sini? Sebab dah tak tahan bila tengok gambar-gambar hikers yang lain yang cun melecun bila sampai puncak!

Sebenarnya ini kali kedua Sey dan Paan mendaki bukit ni tapi sebelum ini masih tak kenal Encik Pamie lagi. So kami plan bertiga untuk repeat kali kedua memanjat bukit batu putih ini bersama.



Untuk ke sana, jika korang dari Kuala Lumpur melalui lebuhraya PLUS, korang susur keluar je menuju ke Port Dickson. Sebaik saja susur keluar, gunakan Waze atau Google Map untuk menuju ke Ilham Resort.

Bukit Batu Putih ini terletak di dalam kawasan Rekreasi Tanjung Tuan yang betul-betul bersebelahan dengan Ilham Resort. Sey ada Google Map kawasan Rekreasi Tanjung Tuan, tapi tak dapat detect, so korang boleh jadikan Ilham Resort sebagai mark korang untuk ke sana.

Jika korang ke sana pada hujung minggu, terus-terang Sey katakan, sana agak sesak. Lebih-lebih lagi ketika waktu pagi dan petang. Banyak citer-citer kurang enak ala-ala citer Conjuring berlaku di sana, al maklumlah kawasan Tanjung Tuan yang terletak di sempadan Negeri Sembilan - Melaka itu adalah tapak peninggalan sejarah. Tapi Alhamdulillah, hampir 3 kali Sey ke sana, tiada gangguan apa-apa yang berat. Yang penting pasang niat kita untuk melihat keindahan ciptaan yang Maha Esa ya.

KAKI BUKIT


Pintu masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan - jalan menuju ke Bukit Baru Putih
Jika korang ke sana pada hujung minggu, terus-terang Sey katakan, sana agak sesak. Lebih-lebih lagi ketika waktu pagi dan petang. Banyak citer-citer kurang enak ala-ala citer Conjuring berlaku di sana, al maklumlah kawasan Tanjung Tuan yang terletak di sempadan Negeri Sembilan - Melaka itu adalah tapak peninggalan sejarah. Tapi Alhamdulillah, hampir 3 kali Sey ke sana, tiada gangguan apa-apa yang berat. Yang penting pasang niat kita untuk melihat keindahan ciptaan yang Maha Esa ya. Jangan duk buat maksiat la kat atas sana, kan tak pasal-pasal kena petir. Gitewww...

Untuk ke Bukit Batu Putih, korang perlu melalui Hutan Rekreasi Tanjung Tuan dengan bayaran masuk sebanyak RM1. Tiada signboard tertentu menunjukkan jalan ke arah Bukit Batu Putih, kerana laluan ke sana sebenarnya tidak diikhtiraf oleh Jabatan Perhutan Tanjung Tuan.

Track menuju ke Bukit Batu Putih pernah ditutup banyak kali oleh Jabatan Perhutanan Tanjung Tuan, tapi biasalah, hikers kental mana peduli semua tu. Yang penting kepuasan ke sana. Akhirnya laluan itu dibiarkan terbuka untuk umum tapi segala kemalangan yang tidak diingini berlaku di sana adalah tanggungjawab hikers sendiri. Jelas?

Korang perlu melalui jalan berturap dahulu sebelum mendaki Bukit Batu Putih
Permulaan tu, jalan berturap elok je. Korang ikut je jalan berturap ini santai. Agak mendaki tapi tidak begitu memenatkan. Lebih kurang berjalan dalam 1KM, korang akan sampai di sebuah rumah api Tanjung Tuan.

Rumah api ini bukan sesuka hati kita boleh masuk, ianya berkunci. Korang boleh berselfie di sini jika mahu. Kalau korang first time sampai di sini, mesti korang tertanya-tanya, mana track ke Bukit Batu Putih nya? Jika korang menghadap ke arah Rumah api, tracknya berada di sebelah kanan dan sedikit terselindung. Terdapat 1 signboard amaran untuk ke sana.

Sey mula-mula sampai pun agak keliru, betul ke jalan ini?




Disebabkan aku takde buat kajian pun pasal Bukit Batu Putih ni, macam tak de apa-apa expectation pun. Layan kan je dan ikut je ramai-ramai makhluk kat sana tu. Permulaan tu, jalan berturap elok je. Tak sampai dalam 1km dah sampai ke rumah api Tanjung Tuan. Berkunci. Tengok-tengok dari luar je la. Lepas tu kami terus mara ke hadapan. Tengok sign-board tunjuk ke 'Rintis Ke Pulau Intan'. Emm jom la layan. dah separuh jalan, tanya-tanya laa orang lain yang dari bawah, ada apa di sana. Rupanya dia turun ke pantai. Trek yang ini agak sukar juga. Masa pergi menuruni tangga sebab nak ke pantai kan. Aku dalam hati tertanya juga di mana Bukit Batu Putih nya. Bila sampai ke sana, lawa juga pantainya tapi macam takde orang mandi manda.





Wednesday, 18 July 2018

GUNUNG IRAU


Assalamualaikum semua!

Pada cuti 1 Mei 2017 yang lalu, Sey dan rakan-rakan Sey dari Group "Kaki Redah" telah mencabar diri masing-masing untuk menawan Gunung Irau, Cameron Highland. Ini merupakan cabaran pertama buat Sey sendiri untuk mendaki Gunung. Sebelum ni taraf-taraf bukit je yang Sey mampu. Huhuhuhu.

Sebelum Sey melalut jauh-jauh, Sey nak bagi sedikit info ringkas pasal Gunung Irau


Trip Gunung Irau ini telah di recommend oleh Kak Yah a.k.a Akak Hikers kita sorang ni.  Sebab tak pernah tawan Gunung, jadi Sey setuju je untuk join trip ni. Cabar diri sendiri katakan.

Gunung Irau merupakan puncak tertinggi di Cameron Higlands dan gunung yang ke 15 tertinggi di Malaysia. Kalau menerokai hutan Gunung Irau, korang akan merasai seolah-olah berada di dalam "Fangoran Forest" di dalam filem "The Lord of the Rings"

Sebelum korang mendaki Gunung Irau, korang kena mohon permit terlebih dahulu dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sekitar RM5 - RM10 untuk seorang pendaki. Korang boleh pohon secara online di laman web forestry.pahang.gov.my So jangan main redah je ya walapun Sey selalu ajak korang redah-menredah. Hahahahahaha.

Macam Sey, segala permit, guide dan lain-lain diuruskan oleh satu gerakkan NGO yang terdiri daripada 10 orang dengan satu group terdiri daripada 30 orang pendaki dengan latar belakang berbeza. Dengan bayaran RM90 untuk satu kepala, diorang akan uruskan segalanya daripada penyediaan permit, 4wheel, tourist guide, makanan, tshirt dan bantuan kecemasan. RM90 apalah sangat kan. At least pendakian korang terjamin. Depands pada koranglah kalau nak mendaki sendiri.

Tapi jika korang nak mendaki ke Gunung Irau sendiri tanpa menggunakan orang tengah, dinasihatkan membuat tempahan tarikh seawal mungkin kerana permit dikeluarkan hanya untuk 100 orang pendaki setiap hari. Sebelum pendakian, perlu terlebih dahulu ke Balai Polis Brinchang untuk memaklumkan pendakian seperti bilangan ahli mendaki, waris yang boleh dihubungi, waktu dijangka tamat aktiviti mendaki dan salinan permit mendaki. Ini penting tau in chase korang sesat. Pernah ada kes sesat dalam Hutan Mossy Forest tau, jangan main redah je.


PENDAKIAN BERMULA PUKUL 7.00 PAGI

Kami mula bertolak ke Cameron Highland pada 30 April 2017 petang dari Nilai dan bermalam di sebuah Homestay di Tanah Rata. Homestay ini tidak disediakan oleh NGO berkenaan. So kami sendiri berpakat, mencari dan berkongsi satu homestay.

Google Map ke Nova Highland Resort

Google Map ke Mossy Forest


Pendakian ke Gunung Irau bermula pada awal pagi 1 Mei 2017 dan kami diarahkan untuk berkumpul di depan Nova Highland Resort pada pukul 7.00 pagi. Kami parkir kereta di resort berkenaan, bersarapan dan mula menaiki 4wheel melalui ladang teh menuju ke pintu masuk Mossy Forest.

Korang boleh je ke sana dengan kereta sendiri dan tidak menyewa 4wheel, tapi bagi pendapat Sey lah, kalau korang sayang kereta, baik korang sewa 4wheel. Korang paham maksud Sey kan? Hehehehe.

Sey bersama Team Kaki Redah sempat berposing di pintu masuk Mossy Forest
Suasana ke pintu masuk Mossy Forest sangat nyaman, sejuk serta berkabus. Tak sabar pulak Sey nak mendaki menuju ke puncak Gunung Irau. Sebelum pendakian bermula, kami diberi taklimat serba sedikit tentang Gunung Irau serta tips keselamatan. Kami seramai 30 orang pendaki akan diiringi dengan 10 orang NGO demi keselamatan.

Dibawah Sey nak share sedikit tips penyediakan diri sebelum mendaki Gunung Irau:


  • Wind Breakers - Pendaki dinasihatkan membawa wind breakers kerana suhu di Gunung Irau sangat sejuk lebih-lebih lagi selepas hujan.
  • Kasut Getah RM10  - Sey galakkan korang pakai kasut getah RM10 je. Boleh beli di kedai Mr.D.I.Y atau Kedai Hardware. Track ke Gunung Irau sangat berlumpur. Kedalaman lumpur boleh mencapai 10 inci. Kasut getah adalah pilihan terbaik
  • Sarung Tangan - Jangan lupa pakai sarung tangan. Gunung Irau tidak seperti bukit dan Gunung lain yang pernah Sey tawan. Hutannya sentiasa basah serta berlumut. Batu, batang kayu, akar kayu semuanya basah dan berlumut. Dengan memakai sarung tangan, korang boleh tambah sedikit "kuasa grip" di tangan selain mengelakkan luka. Tak perlu beli sarung tangan hikers mahal-mahal. Sey beli sarung tangan murah di kedai Mr. D.I.Y je
  • Stokin - Yang ini bagi menggelakkan kaki korang melecet
  • Air  - Yang ini tak perlu disuruh sediakan, korang mesti wajib bawa la kan. Hahahaha. Sey bawak air hampir 3 liter termasuk 1 botol air energy 100 plus. Air sentiasa sejuk, mungkin kat atas sana iklim sejuk kot.
  • Makanan - Yup, jangan lupa bawak makanan sekali. Maksud Sey bukan Nasi Lemak atau KFC. Tapi makanan yang senang untuk dibawa dan memberi tenaga. Sey hanya bawak 4 energy bar, biskut Oat saja. Cukup la tu. Bila sampai atas sana, tak ada selera pun nak makan nasi.
  • Baju Hujan - persediaan awal jika tiba-tiba hujan kat atas sana nanti. Sey masa naik ke atas cuaca dah mulai mendung. Bila turun, hujan mula turun lebat. Sejuk sampai ke tulang hitam.
  • Head lamp - Walaupun korang naik siang dan dijangka keluar dari Mossy Forest sebelum malam, Sey sangat-sangat sarankan korang bawak head lamp untuk persediaan awal. Sey bernasib baik sempat keluar dari Mossy Forest sebelum gelap tapi ada kawan Sey dapat keluar dari Mossy Forest selepas pukul 10 malam tau! Head lamp adalah terbaik berbanding touch light. Sebab tangan korang akan busy berpaut pada pokok sana sini ketika memanjat nanti.
  • Power Bank & Handphone - Kat dalam Mossy Forest tak ada line. Korang kena bawak power bank & handphone sebagai langkah berjaga-jaga.
  • Wisel - Ini juga sebagai langkah berjaga-jaga. Ada kes seorang pendaki Gunung Irau tergelincir jatuh ke gaung ketika mendaki dan mengalami kecederaan kaki. Walapun dia boleh nampak dari jauh pendaki-pendaki lain melepasi gaung di tempat dia jatuh, mangsa tak mampu menjerit kuat dan membawa wisel mungkin satu ikhtiar untuk memanggil bantuan. Kes mangsa pernah masuk berita sebelum ini dimana beliau hilang di Mossy Forest selama 44 jam dan diselamatkan selepas mangsa mendapat signal handphone di tepi sebatang sungai di dalam Mossy Foresst.
  • Basic First Aid - Termasuklah ubat-ubatan panas, panadol, pembalut dan lain-lain
  • Lighter - Sebagai persediakan kecemasan
  • Hikers Pole - Sey tak bawak hikers pole. Tapi kalau korang nak bawak jugak tak ada masalah pun. Tapi bagi Sey la, Gunung Irau banyak memerlukan tangan berpaut ketika mendaki dan pendakiannya melibatkan kecondongan 90 darjah. So Sey banyak menggunakan tangan dan tak banyak menggunakan hikers pole.


Dengan pakaian masih bersih, kami memulakan misi menuju puncak
Track Gunung Irau adalah berlumpur dan basah

Biasanya pendakian mengambil masa 2 hingga 3 jam untuk sampai ke Puncak Mini Irau dan 1 jam ke Puncak Gunung Irau bergantung kepada stamina masing-masing. Korang dinasihatkan memulakan pendakian pada awal pagi untuk menggelakkan aktiviti turun dilakukan pada lewat petang seterusnya menjangkau ke malam.

Pada peringkat awak track, korang akan melalui laluan berkayu yang telah disediakan oleh Jabatan Perhutanan Pahang. Korang dilarang menjangkaui dari laluan kayu ini dan sepanjang melalui laluan berkayu ini, terdapat banyak pavillion untuk pelawat berselfie dan duduk. Korang tidak perlu permit jika hanya melalui laluan berkayu ini. Sebaik saja tiba di hujung laluan kayu, signboard keperluan permit mula kelihatan, dan track berlumpur mula kelihatan. Time to get dirty, guys!

Peringkat awal track agak mendatar dan laluan menurun sebelum track mula mendaki. Ketika perjalanan, korang akan menjumpai pelbagai jenis bunga dan periuk kera serta disajikan dengan keindahan hutan yang berlumut dan menghijau. Memang setiap sudut Sey nak berhenti dan berselfie. Sangat-sangat cantik. Tapi jangan lama-lama, nanti kena tinggal dengan Encik Gogo.

Sey sangat-sangat cadangkan korang untuk ikut rapat dengan team korang kerana di Mossy Forest mempunyai banyak laluan tikus yang mungkin buat korang keliru dan sesat. Selain itu juga, laluannya sangat licin dan berlumut. Sey banyak kali tergelincir so berhati-hati. Suhu yang dingin juga boleh buat kaki korang cramp. Suhu Mossy Forest adalah sekitar 20 - 22 darjah Celsius. Tapi ketika aktiviti pendakian Sey, hujan baru saja lepas turun, jadi laluan sekitarnya sedikit lembab dan licin serta suhu dingin yang mencecah sehingga 16 darjah celsius. 

Setiap sudut menarik di Mossy Forest!
Selepas berpenat lelah dua jam mendaki, kami akhirnya tiba di kawasan lapang yang dipanggil Mini Irau (Juga dikenali sebagai Anak Irau atau False Peak). Team kami berehat seketika menunggu kesemua 30 ahli tiba di puncak Mini Irau.

Pada sekitar pukul 1 - 2 tengah hari, Sey dapat tahu salah seorang team Kaki Redah iaitu Kak Yah terpaksa dibawa turun dari Gunung Irau kerana terjatuh dan terseliuh. Kami terpaksa teruskan pendakian ke Puncak Gunung Irau dengan baki 29 pendaki dan 8 orang krew NGO. 2 orang krew terpaksa mengiringi Kak Yah turun ke kaki gunung.

Sey di puncak Mini Irau. Boleh Selfie puas-puas kat sini
Kami diberi dua pilihan samaada untuk meneruskan pendakian ke puncak Gunung Irau yang memakan masa sejam lagi atau menunggu saja di Mini Irau. Sey dan team Kaki Redah membuat kata sepakat untuk meneruskan juga pendakian kami ke puncak Gunung Irau. Menurut Encik Gogo, mossy forest yang cantik adalah diantara laluan Mini Irau ke Puncak Gunung Irau. Lagilah membuak-buak keinginan kami untuk meneruskan pendakian ini.

Oleh kerana sepanjang pendakian untuk ke puncak tiada sumber air, anda perlu membawa bekalan air sendiri yang secukupnya. Bawa juga makanan untuk memberi tenaga seperti coklat dan energy bar untuk makan di puncak dan jangan lupa juga bawa bersama "air kemenangan"

Budak kecik sempat berposing di port viral Mossy Forest
Cik Su kita ni pun nak berselfie jugak
Sey pun nak juga sekeping foto kat sini
Kami akhirnya tiba di puncak sekitar pukul 2 - 3 petang. Hujan renyai-renyai mula turun sebaik saja kami tiba di puncak Gunung Irau. Kami tak lama di puncak Gunung Irau dan perlu turun segera ke kaki gunung untuk mengelakkan daripada terperangkap sehingga menjangkau waktu malam. Sey dan dua kawan Sey, Paan dan Sue memang decide untuk turun cepat-cepat tanpa perlu menunggu sesiapa memandangkan cuaca yang hujan renyai-renyai selain untuk mengelakkan daripada turun di waktu malam. Berbanding mendaki, turun lebih mudah dan boleh memakan masa hanya sekitar 2 - 3 jam sahaja.

Nak wefie depan signboard Gunung Irau, tapi ramai pulak makhluk manusia depan signboard tu
Sey bersama 29 pendaki dan 10 krew di puncak Gunung Irau
Hujan renyai-renyai turun sebaik sahaja kami puas berwefie. Masa untuk turun guys!
Sekitar pukul 6.30 petang Sey dan kawan Sey, Paan akhirnya tiba dengan selamat di kaki gunung. Kami tak tunggu siapa-siapa, just lari dan turun mengikut denai dan pendaki-pendaki gunung yang lain. Air pun habis, memang menahan dahaga je Sey masa turun. Sejujurnya, masa turun tidak sepenat masa mendaki.

Sey berdua dengan kawan Sey antara 10 pendaki terawal yang tiba di kaki gunung daripada 29 pendaki yang lain. Memang kami tak nampak macam rupa orang dah ketika sampai di kaki gunung, dengan basahnya, kotor berlumpur. Selepas memberi nama, kami dihidangkan dengan air kopi panas dan meatball panas.

Tanpa menunggu baki pendaki yang lain, kami seramai 10 orang terlebih dahulu diminta untuk menaiki 4wheel dan dibawa turun dahulu ke Nova Highland Resort. Rasa penat mula menguasai diri sebaik sahaja kami tiba di Nova Higland Resort. Hanya Tuhan je tau, Penat tau!

Abang Powil sempat berhenti di sebatang anak sungai untuk kami bersihkan diri



Monday, 2 July 2018

BUKIT MELATI, NILAI

Assalamualaikum semua!

Hari ni Sey nak citer tentang Bukit Melati, Nilai yang terletak berhampiran kawasan perumahan Desa Melati dan Inti Collage. Bukit ni dah jadi macam Must Hike Port setiap hujung minggu buat Sey sebab ia terletak berhampiran dengan rumah je. Jalan kaki dari rumah pun sampai.

Sey tak tahu sejarah sangat tentang Bukit Melati ni. Dulu masa first Sey duduk di Desa Melati Tahun 2013, bukit ini masih belum dikenali ramai. Track jalan pun denai kecil je. Dulu kaki Bukit Melati menjadi port berkumpul anjing-anjing liar untuk membawang.

Sey first time naik ke puncak Bukit Melati selepas di ajak Housemate Sey yang sebelum ini naik bersendirian. Puncaknya masih dipenuhi lalang yang tinggi dan hanya ada satu puncak saja yang hanya dikenali sebagai puncak bukit Melati je.

Kononnya Bukit Melati ini dibuka oleh seorang Doktor sebagai terapi pesakit-pesakitnya. Fakta ini Sey tak pastila. Tapi sampai sekarang, kalau korang naik Bukit Melati ini, korang akan terserempak dengan ramai golongan tua yang bertongkat (dipimpin lelaki muda seperti terapi) dan juga golongan OKU.

Pada 2016, Bukit Melati mula dikenali ramai dan ramai orang luar dari Nilai datang untuk mendaki bukit ini. Dulu hanya ada satu puncak je, sekarang kalau tak silap Sey dah ada 6 puncak, Puncak Lipan, Puncak Monyet, Puncak Tali, Puncak Helang, Puncak Nyamuk dan Puncak Helang. Semua puncak Sey dah tawan. Whahahahaha.

Gambar ni Sey pakai Timer. Masa ini menuju ke Puncak Lipan laluan belakang
Laluan utama ke Puncak Lipan, korang akan nampak satu tokong depan Bukit Melati. Tokong tu dikenali sebagai Na Du Gong. Dulu depan tokong ini banyak anjing-anjing liar berkeliaran, tapi sekarang tak ada dah. So kat sini ada satu kawasan lapang bersimen untuk korang panaskan badan sebelum naik ke Puncak Lipan. Weekend selalunya akan ada gerai bundle jual kelengkapan hiking dan gerai jual minuman dikawasan tu. Tongkat kayu juga disediakan disini bagi sesiapa yang ingin meminjamnya. Tapi make sure pulangkan balik yer.

Peta kasar semua laluan ke puncak Bukit Melati

Sebelum korang naik, korang akan nampak signboard ini

Hutan Bukit Melati ni tak der la tebal sangat. Kalau korang redah hutan bukit ini pun still korang akan terganggu dengan bunyi kereta dan kadang-kadang nampak atap-atap rumah kat tepi-tepi laluan kakinya. Tapi kena berhati-hati jugak  la sebab hutan kecik ni juga ada babi hutan dan monyet liar. Sey dan biasa dengan laluan Bukit Melati, jadi Sey dah biasa hiking sorang-sorang bukit ni. Cewah, macam berlagak plak bunyinya.

So, kalau korang tengok signboard kat atas, hanya ada 5 puncak saja dengan banyak laluan berbeza. Korang masuk je laluan mana-mana, setiap laluan akan bersambung dengan laluan lain juga. Hanya laluan puncak Helang yang berbeza sikit. Meh Sey citer detail laluannya.

LALUAN BUKIT LIPAN (CENTIPEDE HILL)
  • Laluan utama dan laluan yang pertama yang dibuka
  • Laluannya betul-betul berada di sebelah Tokong Na Du Gong
  • Menjadi laluan utama bagi pendaki Bukit Melati
  • Selalunya sesak pada hujung minggu
  • Jika anda first time mendaki Bukit Melati, better guna laluan ini
  • Laluannya terus mendaki dan tidak ada landai. Kena kuat stamina.
  • Kecondongan laluan hanyalah sekitar 45 darjah saja.
  • PUNCAK : Anda akan melihat satu kawasan perumahan di atas puncak. Puncaknya kosong saja tapi jika naik pada awal pagi, korang akan dapat melihat kabus dan awan.
  • Di puncak nanti, anda boleh membuat tiga pilihan samaada ke laluan kiri - Bukit Nyamuk, ke kanan - Bukit Tali dan Bukit Monyet atau berpatah balik turun ke Tokong Na Du Gong (jika anda dah penat)

Duta Bukit Melati sempat berposing di tengah laluan antara Bukit Lipan ke Bukit Monyet

LALUAN BUKIT MONYET (MONKEY HILL)
  • Jika mendaki Bukit Lipan korang rasa masih belum mencabar, korang boleh teruskan pendakian ke Bukit Monyet dari Bukit Lipan
  • Masa menuju ke Bukit Monyet, korang akan menuruni bukit sekejap
  • Antara laluan Bukit Lipan ke Bukit Monyet, akan ada satu cabang lorong keluar dan satu lorong yang menuju ke Bukit Helang.
  • Laluannya menurun dengan kecondongan 45 - 90 darjah kemudian mendatar sehingga korang tiba di sebuah takungan air yang besar.
  • Di takungan air ini, terdapat dua cabang laluan lagi, samaada korang nak teruskan ke Bukit Monyet atau ke laluan Bukit Tali.
  • Jangan risau, signboard menuju ke Bukit Monyet ada di merata-rata. Insya Allah korang tak akan sesat.
  • Ketika inilah laluannya ke Bukit Monyet mula mencabar. Korang akan mula mendaki bukit dengan kecondongan bukit 90.
  • Bukit Monyet merupakan puncak tertinggi Bukit Melati.
  • Tiba di puncak, korang akan menemui dua laluan lagi - satu menuju ke Bukit Cobra dan satu lagi menuruni bukit, keluar dari kawasan hutan Bukit Melati
  • Puncak Bukit Monyet lebih redup berbanding puncak Bukit Lipan serta lebih berangin. Kat sini juga banyak batu-batu besar. Pemandangan yang korang dapat lihat dari puncak ini hanyalah kawasan perumahan yang indah.
  • Pendapat Sey, puncak Bukit Monyet adalah puncak paling cantik di Bukit Melati selepas Bukit Helang

Korang akan melalui laluan dengan 'Ranting berkayu' ini ketika menuju ke Bukit Monyet
Laluan menuju ke puncak Bukit Monyet. Time to get sweat!
Kat belakang sana tu puncak Bukit Monyet. So kat sini korang boleh decide, nak teruskan ke Bukit Cobra atau keluar

LALUAN BUKIT ULAR TEDUNG (COBRA HILL)
  • Jika korang dari Bukit Monyet nak menuju ke Bukit Cobra, laluannya lebih santai dan mendatar seperti melalui denai biasa saja
  • Semasa korang menuju ke Bukit Cobra, korang akan menemui satu cabang menuruni bukit. Laluan ini akan membawa korang untuk keluar dari hutan bukit Melati.
  • PUNCAK - Tiada apa yang menarik di Puncak Bukit Cobra melainkan hutan sekeliling dan signboard yang menyatakan korang sudah tiba di puncak cobra

LALUAN BUKIT TALI (ROPE HILL)
  • Berbalik pada lorong yang menuju ke Bukit Tali, terus terang Sey nyatakan di sini laluannya sedikit mencabar dan korang memerlukan kasut yang mencengkam serta sarung tangan.
  • Sepanjang perjalanan ke Bukit Tali, korang akan menaiki bukit dengan berpaut pada tali yang telah disediakan. Kecondongan bukitnya adalah 90.
  • Apa beza laluan Bukit Monyet dengan Bukit Tali? Di Bukit Monyet, laluannya telah ditoreh menjadi tangga bagi memudahkan korang untuk naik ke atas. Bukit Tali pula tiada torehan tangga, jadi laluan ia sangat-sangat licin dan berlumpur lebih-lebih lagi selepas hujan.
  • Sejujurnya Sey pernah menyesal melalui lorong ini selepas tiba di Bukit Tali. Hahahaha.
  • Laluan ke Bukit Tali sangat sunyi. Mungkin sebab ianya track yang sukar, jadi ia bukan laluan pilihan orang ramai kot.
  • PUNCAK - Tiada apa yang menarik di Puncak Bukit Tali melainkan hutan sekeliling dan signboard yang menyatakan korang sudah tiba di Puncak Tali

Duta Bukit Melati tengah photo shot di depan signboard Bukit Tali

LALUAN BUKIT NYAMUK (MOSQUITO HILL)
  • Laluan menuju ke Bukit Nyamuk terlalu banyak. Korang boleh melalui dari arah belakang, laluan dari Puncak Bukit Monyet atau Lipan.
  • Pernah ditutup sementara sebab menjadi laluan Babi Hutan Liar. Tapi Sey tak pernah lagi terserempak dengan babi hutan sepanjang melalui laluan ini.
  • Laluannya kurang popular dan agak sunyi. Mungkin sebab penangan 'Laluan Babi' kot. Sey tak pasti. Hahahaha.
  • Denai laluannya agak sempit dan bersemak.
  • Sesuai dengan namanya Bukit Nyamuk, kat sini tak tau kenapa banyak sangat nyamuk!
  • Tapi kalau korang melalui laluan ini, pendapat peribadi Sey lah, ianya agak cantik dan tenang. Mungkin sebab jarang orang melalui laluan ini, jadi pesekitaranya masih terjaga.
  • Gambar pertama Sey kat atas tu Sey ambik semasa melalui lorong menuju ke Bukit Nyamuk. Masa ni sorang-sorang je, pakai timer.
  • PUNCAK - Tiada apa yang menarik di Puncak Bukit Nyamuk melainkan hutan sekeliling dan signboard yang menyatakan korang sudah tiba di Puncak Nyamuk.
Sey belanja la skit pic sey semasa melalui denai ke Bukit Nyamuk. Banyak nyamuk tau!

LALUAN BUKIT HELANG (EAGLE HILL)
  • Laluan menuju ke Bukit Helang berbeza sikit berbanding laluan-laluan lain
  • Bukit Helang adalah puncak terakhir di buka di Bukit Melati
  • Laluannya agak mencabar seperti laluan Bukit Tali kerana ianya tidak ditarah serta kurang dilalui orang.
  • Laluan ni banyak monyet liar, so berhati-hati
  • PUNCAK - Puncak Bukit Helang agak menarik kerana menghadap jalan besar Nilai. Tiada pokok sekeliling dan sesuai untuk berkhemah kerana ada kawasan lapang yang luas. Nak picnic pun boleh.

Sey bersama kawan-kawan Sey di atas Puncak Bukit Helang. Ini awal pagi, agak berkabus.


Sunday, 1 July 2018

BUKIT BATU PUTIH, GOPENG

Dah lama Sey nak citer journey perjalanan Sey ke Ipoh, Perak ni tapi tak ada kesempatan. Jadi Sey share dalam blog ni je la. So antara agenda ke Ipoh selain pusing-pusing bandar Ipoh adalah mendaki Bukit Batu Putih. Ini bukan Bukit Batu Putih, Port Dickson tau, tapi Bukit Batu Putih, Gopeng, Perak.

Pada 12 Mei 2018 yang lalu, Sey dan sebahagian team Peri-peri telah ke Ipoh untuk mengisi masa lapang hujung minggu kami di sana. Masa tu baru je lepas minggu mengundi, trip ni lebih kepada menyambut Malaysia baru la kan. Hahahahaha.

Kami bertolak Jumaat malam menuju ke Ipoh, Perak dengan dua buah kereta. Kali ini Sey bukan driver. Sey penumpang je. Yang memandunya encik Bonny. Sepanjang masa Sey tidur je la kan. Siap En. Pamie kata Sey berdengkur. Ya la kot. 

Kami berhenti seketika di Perhentian RnR untuk solat Subuh dan makan ringan-ringan

Kerana Cik Bunga Que sekuntum kita ni sorang lapar, kami pun menuju ke Restoran Viral Hollywood di Ipoh untuk breakfast kali kedua. Mencekik la sekali lagi kat sini yop.


Mencekik jap. Restaurant viral ni sesak masa awal pagi, tapi kami berjaya cari tempat duduk
Sebelum kitorang ke Tapak Perkehmahan berhampiran Bukit Batu Putih, kami pusing-pusing dulu di bandar Ipoh melalui jalan-jalan seni kecil di bandar Ipoh. Feeling dia sama macam di Melaka. Sey memang suka gi Melaka sebab lukisan mural ni tapi tak sangka kat Ipoh pun ada. Boleh datang lagi ni.

Lorong belakang Ipoh, Perak. Ada gaya supermodel tak?
Kat lorong Concubine Lane ni banyak kedai-kedai yang menjual cendermata yang menarik. Jangan lupa lorong ni.
Selepas puas pusing satu Ipoh, kami akhirnya menuju ke Tapak Perkhemahan di area Bukit Batu Putih, Gopeng dan pasang khemah. Petang tu, kalau mengikut tentatif, kami akan mendaki Bukit Batu Putih dengan niat untuk shoot Sunset Scenery. Bila google image tengok gambar-gambar dalam phone, memang menarik sangat-sangat la pemandangan kat atas sana. Tak syabarnya.

Kami semua tak pernah naik Bukit Batu Putih, kebetulan pulak Syuk ada kenalan dia di Gopeng yang boleh guide ktorang naik ke atas sana. Al-maklumlah Syuk kan Insta famous gitew. Kami naik ke atas sana agak lewat jugak lebih kurang 6.30 petang dan cuaca pun macam tak mengizinkan je. Dari jauh dah nampak awan mendung macam nak hujan. Huhuhuhu. Macam tak de harapan je nak naik atas ni untuk sunset photo shoot. Tapi kami teruskan juga pendakian kami ke atas sana.

Letih tak? Nama lagi mendaki, bukit mana tak penat didaki kan oi? Kalau sesiapa biasa mendaki Bukit Broga, ketinggian Bukit Batu Putih ini lebih kurang macam tu la. Jalannya denai kecil dan mendaki.

Lebih kurang pukul 7 malam, kami tiba di puncak pertama. Puncak pertama tiada apa yang menarik hanya ada batu putih yang tinggi. Tetapi pemandangannya sangat menarik. Korang akan dapat lihat kawasan yang berbukit dan sungai Gopeng dari puncak pertama.

Kami teruskan pendakian yang tak seberapa jauh lagi menuju ke Puncak utama Bukit Batu Putih. Kali ini puncaknya lagi cantik! Sebaik saja ktorang sampai puncak utama, angin kencing mula meniup-niup kasar (ada eh ayat macam ni). Langit pun dah bagi clue hujan bakal turun tak lama lagi. Memang takkan dapatlah sunset scenerylah kan dengan keadaan macam tu. Alang-alang dah sampai puncak, kita posing la jugak. Kalau tak sia-sia je peluh jantan kami mendaki.


Tengah menunggu kilat kat belakang, tapi tak muncul-muncul. Hahahahaha.

Puncak pertama dengan gaya Hunger Game
Kami bertiga tertinggal kat belakang sebab sibuk duk berposing setiap sudut.


Bila dah penat mendaki, malam tu kami makan-makan di Kedai Hipsture recomand by Bonny